Kelas Soft Skill – Aktiviti Permohonan Upu Online Dan Spa Malaysia
14 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 March 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah menjalankan aktiviti tambahan kepada belia di sekitar PPR Batu Gong atas permintaan mereka sendiri. Latihan tambahan ini bertujuan membantu dan membimbing belia untuk mengisi sistem permohonan UPUOnline Ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi Akademik 2020/2021. Permohonan ini dibuka kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf sahaja sebagai platform untuk mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading. Peserta dibimbing untuk melayari laman sesawang http://upu.moe.gov.my/ untuk memohon. Selain itu, peserta juga diberikan tips untuk memilih kursus yang diminati selain bersesuaian dengan kelayakan yang dilampirkan. Dalam masa sama, peserta juga diajak untuk mendaftarkan akaun baru di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam https://putra12.spa.gov.my/ untuk proses pendaftaran pekerjaan. Seramai dua (2) orang peserta lepasan SPM telah mengikuti aktiviti pada kali ini.
Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti;
I. Peserta dapat meningkatkan kemahiran soft skill mereka dengan menyertai aktiviti yang dikendalikan di Pusat Internet
II. Peserta boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet untuk berhubung dengan sistem kerajaan sesuai dengan objektif Pusat Internet sebagai Pusat Hubungan dan Jaringan Komuniti selain informasi dan repositori.
III. Peserta dapat menggunakan perkhidmatan internet dan mengasah kemahiran penggunaan ICT ke arah yang lebih baik
IV. Peserta didedahkan dengan asas kemahiran komputer termasuklah tips menguruskan dokumen bagi melahirkan generasi yang mahir ICT
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: